welcome

Wednesday 18 January 2012

..Warkah dari Cikgu..

assalamualaikum...

pagi ni, nada mesej aku berbunyi setelah sekian lama tidak berbunyi.. Yelah, orang msj aku bukannya aku balas. (maklumlah, tak topup2 lg) Tapi msj yg aku dapat kali ni , aku nak balas sgt2! Tapi belum boleh balas, sbb yelah, tak topup lagi kan..

aku dapat mesej dari nombor yg tak di kenali.. tapi bila aku baca mesej tu aku dapat mengagak siapa pengirimnya. :) jujurnya, aku nangis bila baca mesej ni.. TT_TT
ade orang kata, kalau kita mimpikan seseorang, seseorang tu sebenarnya sedang rindukan kita. hari tu aku mimpi cikgu zakaria !!! mimpi belajar dgn dia kat kelas.. Rupanya betul die rindu aku.. huhu..
Nanti bila aku dah topup aku akan balas msj ckg.. Aku rindu sgt dengan cikgu2 , kwn2 , sekolah.. rasa macam nak sekolah lagi je. Lagi2, cikgu zakaria pindah sekolah pulak.. nanti kalau dapat result xboleh lah nak jumpa dia. Takpelah.. satu hari nanti kita semua pasti akan berjumpa juga , insyaAllah..

Cikgu, kami semua pun sayang cikgu! walaupun jauh di mata, tapi dekat di hati kan.. Saya doakan cikgu sihat-sihat selalu dan dapat menyesuaikan diri di sekolah baru. Mana tau, kat sana nanti cikgu jumpa NurHazira lain yang suka melukis sama macam saya..  :) andai dapat saya putar waktu ini, mmg dah lama saya putar. tapi, apakan daya. saya hanya seorang hamba Allah yg lemah. lagi satu, 2 kali cikgu ckp "maafkan ayah" , cikgu tak buat apa salah pun, macam mana kami nak maafkan? :)
Kami semua rindu dan sayang cikgu sgt2!!! Fighting cikgu!!!

cukuplah setakat ini..
wassalam.. UU,

Mesej dari cikgu tu berbunyi mcm ni..

" Assalamulaikum anakanda yang dikasihi.. Kini ayahanda terlantar jauh di tempat orang. Hati diulit sepi pilu. Senyum seorang terkenang gelagat kalian dulu... Pastinya ayah bangga dengan anak-anak ayah dulu. Munajat doa ayah sentiasa pohonkan moga kalian kemercu jaya dalam keimanan.


 Kini ayah teruskan langkah lesu di tempat baharu.. Tak ada lagi wajah-wajah ceria anak-anak dulu. Terkenang ayah tabiat SUKA MELUKISMU dan rakan-rakan sekelas dulu. Maafkan ayah.. Andai dapat ku putar semula masa.. Maafkan ayah ;->
Ayah sayang kalian semua! 


...Cikgu Z...        "


 (klik gambar untuk super duper pembesaran)


2 comments:

  1. sedihnya.....Kenapa cikgu zakaria pindah x bgtahu ahh.??.. kalau tak boleh aku mintak maaf kat dia dulu..

    ReplyDelete
  2. aiyoookkk jal~~~ byk dosa kat die~~ suh la anak die smpai kan maaf ko tuh~

    ReplyDelete

ce komen, ce komen.