welcome

Saturday 28 January 2012

Fanfic : Bukan Cinta Pertama Pt 5

“Budak-budak??” aku tersenyum malu.

“Wow!” kaya Kwangmin secara tiba-tiba

“Kenapa?” tanyaku kehairanan.

“Awak nampak cantik sangat bila senyum.” Katanya sambil tersenyum padaku.
Pipi aku mula merah. Tiba-tiba sahaja dipuji begitu.

“Awak saja je kan nak buat saya senyum..” kataku.

“Itu  lain cerita, tapi serius, you’re beautiful.” Kata Kwangmin.

“Okay okay. Whatever. Enough.” Pipi aku makin merah.

“Hahaha..” Kwangmin tertawa kerana melihat aku yang malu-malu.

Kwangmin kemudian berdiri di atas bangku dan meniup buih-buih sabun itu ke udara. Buih-buih sabun yang berwarna-warni itu berterbangan bebas di udara.
Kemudian seorang budak perempuan yang sedang bermain ternampak buih-buih sabun itu.

“Wah! Cantiknya!!!” jerit budak perempuan itu. Budak perempuan itu berhenti bermain dan menepuk-nepuk buih-buih sabun itu. Kemudian semua kanak-kanak yang bermain di situ menyertainya. Mereka semua tertawa gembira.

“Hahaha.. Comelnya diorang tu..” kataku sambil tertawa.
Kwangmin memandang aku dengan penuh hairan.

“Kenapa tengok saya macam tu??” tanyaku.

“Yeaaaayyyyy!!!!! Saya Berjaya!!!!! Saya berjaya buat Minra ketawa!!!!” jerit Kwangmin.

“Yaaaaa!!! Shhhh!!! Malulah orang tengok!!!” kataku.

“Ahahahaha!!” Kwangmin tersenyum padaku.  Kemudian dia meniup buih belon itu kearah aku.

“Yaaa~~!!!” jeritku.

“Hahaha.. Comelnya..” kata-kata Kwangmin membuatkan pipi aku bertambah merah.

“Merepek.” Kataku sambil tertunduk malu.

“Merepek pula? Budak-budak tu tak comel ke?” kata Kwangmin.

“Comel sangat.” Kataku sambil menarik muka. Aku ingatkan dia kata aku comel.

“Haha… Serius awak comel!” kata Kwangmin sambil tertawa.

Aku berdiri dan menolaknya perlahan. Kemudian aku pergi ke arah kanak-kanak yang sedang bermain buih sabun tadi. Aku memandang ke arah Kwangmin.

“Awak tak payah beritahu, saya tahu saya comel. Weekk!!” kataku sambil tersenyum. Kwangmin hanya tertawa kecil.
Kwangmin terus meniup buih sabun itu. Aku pula sibuk menepuk-nepuk buih sabun yang berterbangan di udara bersama kanak-kanak di situ. Bahagia rasanya.

Setelah kanak-kanak itu semuanya pulang. Kwangmin menghantar aku ke balik ke rumah.

“Terima kasih” kataku.

“Tak apa, bukan jauh sangat pun rumah awak.” Kata Kwangmin.

“Bukan. Terima kasih sebab buat saya senyum dan ketawa.” Kataku.

“Itu tanggungjawab saya.” Kata Kwangmin sambil tersenyum.

“Saya tak sangka, saya masih boleh senyum dan ketawa.” Kataku sambil tersenyum lagi.

“Saya pun.”kata Kwangmin.

“Bye.” Aku melangkah masuk ke rumah.

“Minra.” Panggil Kwangmin.

Aku menoleh kearah Kwangmin.

“Bila mendung, kita tak dapat lihat matahari. Tapi,yakinalah,  nanti pasti akan ada pelangi.” Kata Kwangmin sambil tersenyum. Kemudian dia terus pergi.

Aku faham maksud dia. Faham sangat. Tapi, siapa pelangi aku? Di fikiranku, terus memikirkan Kwangmin. Walaupun baru kenal beberapa hari, tapi kenapa aku seakan-akan mempunyai perasaan terhadap dia? Mungkinkah aku… Tak. Tak mungkin.

Keesokan harinya aku dibangunkan oleh satu mesej dari nombor yang tak dikenali.
“Selamat pagi beautiful”

“Siapa pula ni??” kataku sendiri. Lalu aku membalas mesej itu.

“Siapa ni?” balasku.

Nada mesejku berbunyi lagi. Aku membaca mesej yang baru sampai tadi.

“Pelangi.”balas nombor yang tak dikenali itu.

“Pelangi???” aku tersenyum . aku dapat mengagak siapa  yang menghantar mesej itu.

“Kwangmin eh?” balasku.

“:)” balas Kwangmin.
Aku hanya tersenyum.

Tiba-tiba Kwangmin menelefon aku.

“Yeobosaeyo.” Kataku.

“Boleh saya jumpa awak dekat gelanggang bola keranjang?” tanya Kwangmin secara tiba-tiba.

“Hah?? Bila?” tanyaku.

“Sekarang. Saya tunggu.” Kata Kwangmin . kemudian dia terus memutuskan panggilan.

“Kenapa nak jumpa?” aku tertanya-tanya.

Aku terus pergi ke gelanggang bola keranjang. Kwangmin sedang bermain bola keranjang sendiri.

Aku bergerak ke arahnya.

“Awak nak apa?” tanyaku.

“Teman saya main bola keranjang boleh?” katanya sambil tersenyum.

bersambung...


No comments:

Post a Comment

ce komen, ce komen.