welcome

Saturday, 28 January 2012

Fanfic : Bukan Cinta Pertama Pt 4

“Awak tak sedih ke?” tanyaku.
Kwangmin memandang aku dan kemudian menunduk.

“Mustahil saya tak sedih.” Kata Kwangmin dengan suara yang perlahan.
Aku turut menunduk sedih.

“Tapi saya terima takdir ni. Sudah sampai waktu hyung. Saya yang hidup kena teruskan hidup.” Kwangmin tersenyum pada aku.
Aku terharu dengan kata-kata Kwangmin. Rasa bersalah mula menyelubungi hati aku.

“Saya…minta maaf, semuanya sebab saya...” kataku sambil menangis.
Kwangmin yang tadinya duduk , berdiri dan melutut dihadapanku. Perlahan-lahan dia menutup mataku.

“Saya tak nak tengok awak menangis.” Kata Kwangmin.

“Tangan awak… hangat macam tangan Youngmin..” kataku sambil menyentuh tangannya yang masih menutup mataku.

“Kalau awak nak anggap saya macam Youngmin hyung pun tak apa.” Kata Kwangmin.
Aku terkejut. Apa maksud dia?

“Maksud awak apa? Awak nak saya anggap awak macam Youngmin??!” aku mula memarahinya.

“Saya…” Kwangmin ingin menerangkan sesuatu.

“Saya nak awak tahu, tak ada siapa pun yang boleh gantikan Youngmin dalam hati saya! Walaupun awak ni adik kembar dia yang sama rupa dengan dia!” kataku .

Aku terus meninggalkan Kwangmin keseorangan di situ. Aku tak boleh terima jika dia ingin aku menganggapnya Youngmin. Youngmin tak boleh diganti!

Malam itu, seseorang datang ke rumah aku.

“Awak nak apa?” tanyaku tanpa memandang sedikitpun wajahnya.

“Saya nak cakap dengan awak.” Kata Kwangmin yang berada di luar pagar.

“Cakaplah.” Kataku.

“Tadi,maksud saya bukannya nak menggantikan hyung dalam hati awak. Saya tahu, tak ada siapapun yang boleh menggantikan hyung.” Terang Kwangmin.

“Habis tu, kenapa awak cakap macam tu tadi?” tanya aku.

“Saya nampak awak senyum bila awak kata tangan saya hangat macam hyung. Saya gembira tengok awak senyum.
Saya nak awak terus senyum macam yang hyung nak. Kalau dengan menganggap saya sebagai hyung boleh buat awak senyum, saya tak kisah. Janji awak terus tersenyum.” Kwangmin berkata dengan bersungguh-sungguh.

“Youngmin nak saya terus tersenyum?” tanyaku.

“Ya. Hyung pernah suruh saya janji pada dia yang saya akan buat Minra terus tersenyum. Itu permintaan terakhir hyung.” Kata Kwangmin.

Air mata aku mengalir. Youngmin sememangnya ingin aku terus tersenyum, walaupun tanpa kehadiran dirinya.

“Tak kisahlah awak dengan siapa pun,kalau awak terus tersenyum saya pasti hyung akan gembira.” Kata Kwangmin lagi.

“Cukup! Awak baliklah…” kataku.

Kwangmin menunduk dan pergi . dia membuka pintu keretanya. Kemudian dia berpaling kepada aku.

“Kenapa awak menangis ? Sebab awak sayangkan hyung kan? Tapi, lama-kelamaan air mata awak tu akan kering dan awak akan berhenti menangis. Kenapa? Sebab awak dah tak sayangkan hyung ke? Tak kan? Kalau awak sayangkan hyung, awak berhentilah menangis.” Kata Kwangmin . Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan terus pergi.

Aku terduduk memikirkan kata-kata Kwangmin. Mungkin ada benarnya.

Keesokkan harinya, aku pergi lagi ke gelanggang bola keranjang. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di situ. Aku duduk di sebuah bangku di situ sambil memerhatikan kanak-kanak itu bermain. Tiba-tiba ada seorang lelaki duduk di sebelahku. Kwangmin. Dia hanya duduk tanpa berkata apa-apa.

“Maaf…” kataku pada Kwangmin.

“Untuk apa?” kata Kwangmin sambil matanya sibuk melihat kanak-kanak bermain.

“Sebab saya marah dekat awak semalam.” Kataku.

“Tak  apa, saya faham.” Kata Kwangmin.

Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Botol kecil berwarna merah. Botol buih sabun.

Kwangmin kemudian meniup buih sabun itu. Banyak buih-buih yang keluar. Cantik sekali.

“Waaaahh…Cantik..” aku kagum melihat begitu banyak buih yang bertenrbangan di udara.
Kwangmin tertawa.

“Awak ni macam budak-budak.”kata Kwangmin sambil tersenyum manis padaku

bersambung...


No comments:

Post a Comment

ce komen, ce komen.