welcome

Saturday 28 January 2012

Fanfic : Bukan Cinta Pertama Pt 3

Cahaya matahari kian menerangi segenap sudut kamarku. Aku mula tersedar dari tidurku. Aku mencari telefon bimbit aku. Jam menunjukkan pukul 930 pagi. Selalunya aku dikejutkan dengan mesej atau panggilan dari Youngmin. Aku mula teringat Youngmin.

“Minra, don’t cry please..” aku berkata sendiri.

“Aku dah janji aku akan terus tersenyum… aku mesti senyum..” kataku lagi sambil tersenyum, dan air mata aku mula berlinang lagi.

“Youngmin ah… Youngmin.. Saranghae.. Please come back.. Youngmin..” kataku sendiri sambil menangis.

Aku tak dapat menghalang air mataku. Air mataku laju mengalir. Hati aku pilu. Bisakah aku teruskan hidup tanpamu?

Petang itu, aku keluar bersiar-siar. Aku ingin ke gelanggang bola keranjang , tempat aku dan Youngmin pertama kali bertemu.

1 tahun yang lepas.

“Woi!!!” aku memandang ke belakang. Kelihatan seorang lelaki berambut kuning keemasan menghampiri aku.

“Mianhae!” katanya cemas.

“Lain kali nak main bola keranjang tu tengoklah orang sekeliling, jangan main baling je!” marahku pada lelaki itu. Biar dia rasa!

“Maafkan saya cik, saya tak sangka bola tu melantun sampai kena kepala cik. Saya betul-betul minta maaf, saya tak sengaja cik.” Kata lelaki itu lagi.

“Dah, saya maafkan awak!” aku terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Aku memaling ke belakang, lelaki itu sedang menggaru-garu kepalanya.

“Bajet handsome plak.” Kataku sendiri.

Tapi, itu satu tahun yang lalu. Youngmin masih hidup lagi. Pasti sekarang gelanggang tu kosong.

Aku terus melangkah sehingga ke gelanggang bola keranjang itu. Langkah aku terhenti.
Seorang lelaki sedang bermain bola keranjang sendiri. Aku amati rupa lelaki berambut hitam itu.

“Youngmin…” lelaki itu Youngmin!

Aku berlari menuju lelaki itu. Lelaki itu yang tadinya leka bermain sendiri berhenti bermain kerana dia perasan akan kehadiran aku.

Kami bertentang mata.

“Minra?” kata lelaki itu.

“Youngmin… Youngmin dah balik!!” kataku sambil menangis. Lalu aku memeluk lelaki itu. Tubuhnya sama hangat seperti tubuh Youngmin.

“Im sorry Minra, Im not Youngmin.” Kata lelaki itu.

“Kalau bukan, macam mana awak tahu nama saya hah?” Kataku sambil memeluk lelaki itu.

“Saya Kwangmin, adik kembar Youngmin.” Kata lelaki itu.

Aku melepaskan pelukanku. Aku melangkah setapak ke belakang.

“Tapi, Youngmin tak pernah cerita pun.” Kataku seakan tak percaya.

“Memang, lagipun saya tinggal di UK.” Kata lelaki yang bernama Kwangmin itu.

“Saya minta maaf.” Kataku sambil menangis. Aku tunduk memandang tanah.

Aku betul-betul menyangka bahawa Youngmin sudah kembali ke pangkuanku.

“Minra janganlah menangis macam ni.” Kwangmin tiba-tiba mendakap tubuhku.

Aku tergamam. Tapi, aku ingin terus dipeluk seperti itu. Terasa seperti dipeluk Youngmin.
Kwangmin melepaskan pelukannya. Dia membawa aku ke sebuah bangku kecil dan menyuruh aku duduk. Kemudian Kwangmin melutut dihadapanku dan mengesat air mataku dengan tangannya.

“Betul ke awak bukan Youngmin?” tanya aku lagi.

Kwangmin mengangguk. “Minta maaf sebab saya bukan Youngmin hyung.”

“Bodohnya saya…” kataku sambil menangis.

“Janganlah kata macam tu, kalau saya jadi awak pun, saya akan macam tu.”katanya sambil menyapu air mataku lembut.

Suara Kwangmin berlainan dengan suara Youngmin. Tapi wajah mereka, sama.
Kwangmin duduk di sebelah aku.

“Macam mana awak tahu nama saya?” tanyaku pada Kwangmin.

“Youngmin hyung pernah cerita pasal awak pada saya.” Katanya.

"Cerita pasal apa?" tanyaku lagi.

"Macam-macam. Minra cantik. Baik. Unik." kata Kwangmin sambil tersenyum.

Aku tertunduk malu.

“Kenapa awak ada dekat sini?” tanya aku lagi.

“Saya baru sampai Korea dari UK pagi tadi, sebab semalam saya ada ujian. Saya tak dapat balik semalam.” Jelasnya.

“Tak, maksud saya, gelanggang ni.” Tanyaku lagi,

“Oh.. Gelanggang ni, tempat saya dan Youngmin hyung bermain dulu. Kami selalu lawan main bola keranjang dekat sini.” Kata Kwangmin sambil tersenyum.

Kenapa wajahnya seperti tiada apa-apa berlaku? Dia tak sedih ke? Kenapa dia tabah sangat? Kenapa dia sangat tenang? Kenapa dia tetap tersenyum?


bersambung...


No comments:

Post a Comment

ce komen, ce komen.