welcome

Wednesday 18 January 2012

Fanfic : Bukan Cinta Pertama Pt 2

30 minit selepas itu, kami tiba di bank.
“Minra pergi keluarkan duit kejap ye.” Kataku kepada Youngmin.
“Ok, hati-hati tau jagiya.” Jawab Youngmin.
Aku hanya mengangguk. Aku terus keluar dari kereta dan terus memasuki bank itu. Sebaik saja aku memasuki bank itu aku dengar satu suara dari belakangku.
“Semua jangan bergerak!!! Angkat tangan!!!” seorang lelaki bertopeng mengacukan pistol ke semua orang. Seorang lagi lelaki bertopeng memegang beg berwarna hitam segera pergi ke kaunter bank.
“Masukkan duit dalam ni!!” arah lelaki itu. Pekerja bank itu hanya menurut kata lelaki bertopeng itu.
Semua orang di dalam bank itu duduk sambil mengangkat tangan termasuk aku.
Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan masuk ke dalam bank sambil mengacukan senapang kepada seorang lelaki bertopeng yang berada di depan aku. Lelaki bertopeng itu panik dan menarik tangan aku. Dia meletakkan tangannya di leher aku sambil mengacukan pistol ke kepala aku.
“Kalau ada yang berani buat apa-apa , aku tembak perempuan ni!!!” teriak lelaki itu.
Aku panik. Tak tahu apa yang harus di buat. Tiba-tiba pengawal keselamatan itu mengacah untuk menembak lelaki bertopeng itu. Lelaki bertopeng itu segera meletakkan hujung pistolnya betu-betul di kepala aku. Aku terlalu takut.
“Youngmin!!!!!!!!!!!!!” aku menjerit memanggil Youngmin sambil menangis.
“Diam!! Kalau tak aku tembak kau!!”kata lelaki bertopeng itu.
“Minra!!” satu suara memanggil aku dari pintu bank. Rupa-rupanya itu Youngmin. Wajahnya kelihatan risau dan resah. Youngmin ingin membantu aku dan cuba untuk mendekati aku.
“Jangan dekat!!! Kalau tak aku tembak perempuan ni!!”kata lelaki bertopeng itu sambil mengacukan pistol kepada Youngmin. Langkah Youngmin terhenti.
BBaaanggg!!! Satu tembakan di lepaskan. Aku lega kerana lelaki bertopeng yang memegang beg itu ditembak dan rebah. Lelaki yang menjadikan aku tebusan itu terperanjat melihat rakannya terbaring berlumuran darah. Youngmin segera mendekati aku untuk menyelamatkan aku dari lelaki itu.
BBaaaangggg!!! Satu lagi tembakan di lepaskan. Aku memejamkan mata. Aku ingatkan aku yang ditembak. Tetapi kenapa aku tak rasa sakit? Aku membuka mata perlahan-lahan.
“Youngmin!!!!!!!” rupa-rupanya lelaki bertopeng itu menembak Youngmin.
Lelaki bertopeng itu panik dan melepaskan aku dan ingin melarikan diri, tetapi  dia di tembak oleh pengawal keselamatan .
Youngmin yang berlumuran darah rebah ke lantai.
“Youngmin!!!” aku segera mendapatkan Youngmin dan meletakkan kepalanya di pangkuan aku. Wajah Youngmin sangat pucat. Aku menahan darah yang keluar dengan banyak itu dengan sapu tanganku.
“Panggil ambulans!!!!!!!! Cepat!!!!” jeritku kepada orang ramai yang hanya memerhatikan kami.
“Minra…” Youngmin memanggil aku dengan lemah.
“Youngmin, bertahanlah, sekejap lagi ambulans datang. Youngmin akan selamat ok.” Kataku sambil menangis.
Youngmin mengangkat tangannya perlahan-lahan dan menutup mata aku.
“Youngmin tak nak tengok Minra menangis..” kata Youngmin lagi. Suaranya semakin lemah.
Air mata aku tak mungkin berhenti. Youngmin mengalihkan tangannya dan mengesat air mataku.
Dia tersenyum kepada aku.
“Youngmin, bertahanlah.. ambulans dah nak sampai..” kataku.
“Minra..” Youngmin memanggil aku lagi .
“Emm..” aku hanya mengangguk sambil menangis.
“Minra boleh tak janji satu perkara dekat Youngmin?” kata Youngmin sambil tersenyum.
“Tak nak!!! Youngmin tak boleh tinggalkan Minra.. Tak boleh..” aku menggelengkan kepala .
“Kalau Minra tak janji , Youngmin pasti sedih dan menyesal..” kata Youngmin .
Aku terus menangis lagi.
“Minra janji dengan Youngmin, Minra akan terus tersenyum walau apa pun yang terjadi lepas ni.” Kata Youngmin sambil tersenyum. Aku terus menangis, tak mampu berkata apa-apa.
“Janji Minra akan teruskan hidup Minra..” kata Youngmin lagi.
“Ya, Minra janji.. Minra janji..” kataku. Tangannya yang tadi sibuk mengelap air mata aku kini jatuh perlahan-lahan.
Youngmin tersenyum lagi. Mata Youngmin perlahan-lahan tertutup.
“Youngmin!!!! Bangunlah!!! Jangan tinggalkan Minra, Youngmin!!” jeritku sambil menggoncang-goncangkan tubuh Youngmin.  Tetapi kemudian matanya terbuka kembali. Aku mengusap rambutnya. Peluh dingin mula membasahi rambutnya.
“Youngmin kena bertahan untuk Minra, Youngmin kena kuat..” kata aku sambil tersenyum.
“Minra….” Youngmin memanggil aku perlahan.
“Ya ..” jawabku.
“Saranghae…Minra..” Youngmin berkata sambil tersenyum. Aku juga tersenyum sambil mengangguk.
Mata Youngmin sekali lagi perlahan-lahan tertutup.
“Youngmin!!! Youngmin!!! Bangun Youngmin!!!” aku menjerit sambil menggoncangkan tubuh Youngmin. Aku berharap Youngmin akan membuka matanya kembali seperti tadi.
Tapi kali ini, berapa kali pun aku menggoncangkan tubuhnya dan memanggil namanya , matanya tetap tertutup.
“Youngmin…. Jangan tinggalkan Minra..” aku memeluk tubuh Youngmin sambil menangis.
Kemudian ambulans datang dan membawa Youngmin ke hospital. Youngmin terus tidak menyedarkan diri sehingga dia di masukkan ke wad kecemasan. Aku menunggu di luar wad kecemasan . Aku menangis dan berdoa agar Youngmin selamat.
“Minra!” ibu Youngmin memanggil aku.
“Auntie!” ibu Youngmin memeluk aku sambil menangis.
Seorang doktor keluar dari wad kecemasan itu.
“Doktor, macam mana anak saya??” tanya ibu Youngmin.
“Puan, kami dah lakukan segala yang kami termampu untuk menyelamatkan anak puan, tapi anak puan tak dapat diselamatkan. Dia dah kehilangan banyak darah dan peluru tu betul-betul terkena pada jantung dia. Maafkan saya puan.” Kata doktor itu. Ibu Youngmin berasa sangat terperanjat dan terduduk di kerusi berhampirannya.
Air mata aku semakin deras membasahi pipiku. Aku terduduk.
“Tak!!!!!! Youngmin!!!” jeritku sambil menangis teresak-esak.
Ibu Youngmin mendapatkan aku dan memeluk aku.
Aku rasa dunia aku gelap. Tiada satu pun cahaya. Aku rasakan hidup aku seolah-olah sudah berakhir.
“Saranghae..Minra..” kata-kata terakhir Youngmin terngiang-ngiang di telinga aku.


No comments:

Post a Comment

ce komen, ce komen.