welcome

Friday, 27 January 2012

!!Boyfriend W Academy!!!

korang pernah tgk Boyfriend W Academy?? tak tgk lg??!! korang kena tgk lahh!!! ep 2 paling daebak!!!! kelakar amat2!!!!! minwoo jerit comel sgt!!! ufufufu~~ kwangmin daebak gila masa main kuiz, well, thas my boys~ :) noona love you so much!!!! :P Ep 3 ni minwoo lg comel!!!! aaahhh!!!!

jom kita tgk Boyfriend W academy ramai2!!!

Episode 1









Episode 2

         








okay~ sekian saja buat masa ni~ Boyfriend fighting!! Bestfriend fighting!! saranghae!!!

Thursday, 26 January 2012

Topup Iman

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...

merujuk kpd title di atas > TOPUP IMAN. ummm.. mesti jarang dgr kan? yelah, selalu dgr topup handphone jek.

kalau credit, kdg2 byk, kdg2 sikit.

samalah dengan IMAN.

kalau credit, kalau sikit boleh topup.
tapi, macam mana dgn iman?

macam mana nak topup iman?

salah satunya ialah menghadiri majlis2 ilmu.

semenjak jadi lepasan SPM ni, dah lama rasanya tak pergi majlis ilmu. dulu dekat sekolah setiap hr jumaat ada tazkirah. rindu sgt masa dulu2!!

so, td ada buat usrah dekat rumah ckg nooraini. janji pkul 10, tp pkul 1030 baru sampai. T_T
jadi, aku nak share lah apa yg aku dpt dekat usrah tadi tu.. renung2kan dan selamat beramal :)

~ Islam itu adalah hendaknya engkau b'syahadat, bahwa tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, hendaklah engkau tegakkan solat, menunaikan zakat, puasa pd bulan Ramadhan & melaksanakan haji ke Baitullah jika mampu.

~ Iman adalah hendaknya engkau b'iman kpd Allah , para malaikat-Nya, kitab2-Nya ,para Rasul2-Nya & pada hari akhir, serta hendaklah engkau b'iman pd takdir yg baik & buruk.

~ Ihsan adalah hendaklah engkau b'ibadat kpd Allah, seolah2 engkau melihat-Nya. maka, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.

~ " Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu utk mjd saksi, p'bawa kbr gembira & pemberi peringatan . Dan utk menjadi penyeru ke jln Allah dgn izin-Nya serta menjadi lentera yg menerangi.."
(Surah Al-Ahzab : 45-46)

~ " Sesungguhnya solat itu bisa mencegah dr perbuatan keji & mungkar .. "
(Surah Al-Ankabuut : 45)

~ " Dan apa yg didtgkan(diperintahkan) Rasul kepadamu, ambillah dan apa yg dicegah, jauhilah."
(Surah Al-Hasyr : 7)

~ sesuatu yg Allah akan m'hapuskan kesalahan & meninggikan darjat
 - menyempurnakan wudhu' di saat2 sulit
 - byknya langkah kaki menuju masjid
 -menunggu solat(berikutnya)setelah mengerjakan solat.

~ " Sesungguhnya kaum Mukminin itu bersaudara.." (Surah Al-Hujuraat : 10)

~ Doa yg diamalkan Rasulullah
  > dijauhkan dr azb neraka
  > dijauhkan dr azab kubur
  > mati dlm keadaan yg baik
  > dijauhkan dr fitnah dunia

~ matlamat kita adalah utk mencari KEREDHAAN ALLAH.

ini sajalah yg sempat ku tulis td. huhu. buat masa ni, aku tgh baca satu buku ni, aku pinjam dgn cikgu aku, tajuknya "Pendinding Rumah dr Gangguan Syaitan". nanti aku akan post ilmu2 yg b'manfaat yg aku dpt dr buku tu ok.

maassalamah..

" cemburu yg tidak sepatutnya terhadap saudara seIslam merupakan antara tempat kemasukan syaitan di dalam hati manusia. "




cukuplah buat masa ni,

Wednesday, 25 January 2012

promote : blog fathiah

assalamualaikum~annyeonghaseyo~ :)

semalam kawanku minta tolong cantikkan blog die, so aku pun buatlah, maklumlah terlebih rajin. tak adalah cantik sgt aku buat, biase2 jek.. i do my best la~
ni ha kawan aku...

http://nurulfathiahbtzaini.blogspot.com/
silalah follow ye..

lepas ni nak pergi rumah ckg nooraini, da lama xjumpa die!! rindu!!! dpt jumpa kwn2 aku yg happening!!! ^_^

cukuplah buat masa ni~ maassalamah~

Friday, 20 January 2012

..Warkah dari Cikgu.. Pt 2

" Terasa pantas masa berlalu, serasa semalam baru bersama . masih terbayang kelibat JOY SPORT dgn JIHA. ATUL berbahas sejarahnya. USTAZAH ATIKAH tertunduk tersipu. SYAHIRAH bertambah montelnya..
aduhai.. kemana mehilang semua anakku.. Andai dapat ku putar semula masa bersama kita,pasti kita kupas idea mat jenin dengan wawasannya. Oh ya,maaf ayahanda kerana selalu tersasar bila subjek sejarah. ATIQ dan AULIA terkulai layu entap apa yang ayahanda ajar tu. Macam-macam topik ada. Tambah pening HALIZA mendengar.. Tapi apa yang pasti HAZIRA tetap siap lukis gambar kartun cute  di celah buku sejarah. Sememangnya sejarah itu indah. doa ayahanda tetap buat kalian semua. sefasih bacaan doa BAI di perhimpunan. "

Ya Allah.. Terima kasih kerana kau kurniakan guru sebaik itu. Rahmatilah kehidupan guru kami. Amin..

Wednesday, 18 January 2012

..Warkah dari Cikgu..

assalamualaikum...

pagi ni, nada mesej aku berbunyi setelah sekian lama tidak berbunyi.. Yelah, orang msj aku bukannya aku balas. (maklumlah, tak topup2 lg) Tapi msj yg aku dapat kali ni , aku nak balas sgt2! Tapi belum boleh balas, sbb yelah, tak topup lagi kan..

aku dapat mesej dari nombor yg tak di kenali.. tapi bila aku baca mesej tu aku dapat mengagak siapa pengirimnya. :) jujurnya, aku nangis bila baca mesej ni.. TT_TT
ade orang kata, kalau kita mimpikan seseorang, seseorang tu sebenarnya sedang rindukan kita. hari tu aku mimpi cikgu zakaria !!! mimpi belajar dgn dia kat kelas.. Rupanya betul die rindu aku.. huhu..
Nanti bila aku dah topup aku akan balas msj ckg.. Aku rindu sgt dengan cikgu2 , kwn2 , sekolah.. rasa macam nak sekolah lagi je. Lagi2, cikgu zakaria pindah sekolah pulak.. nanti kalau dapat result xboleh lah nak jumpa dia. Takpelah.. satu hari nanti kita semua pasti akan berjumpa juga , insyaAllah..

Cikgu, kami semua pun sayang cikgu! walaupun jauh di mata, tapi dekat di hati kan.. Saya doakan cikgu sihat-sihat selalu dan dapat menyesuaikan diri di sekolah baru. Mana tau, kat sana nanti cikgu jumpa NurHazira lain yang suka melukis sama macam saya..  :) andai dapat saya putar waktu ini, mmg dah lama saya putar. tapi, apakan daya. saya hanya seorang hamba Allah yg lemah. lagi satu, 2 kali cikgu ckp "maafkan ayah" , cikgu tak buat apa salah pun, macam mana kami nak maafkan? :)
Kami semua rindu dan sayang cikgu sgt2!!! Fighting cikgu!!!

cukuplah setakat ini..
wassalam.. UU,

Mesej dari cikgu tu berbunyi mcm ni..

" Assalamulaikum anakanda yang dikasihi.. Kini ayahanda terlantar jauh di tempat orang. Hati diulit sepi pilu. Senyum seorang terkenang gelagat kalian dulu... Pastinya ayah bangga dengan anak-anak ayah dulu. Munajat doa ayah sentiasa pohonkan moga kalian kemercu jaya dalam keimanan.


 Kini ayah teruskan langkah lesu di tempat baharu.. Tak ada lagi wajah-wajah ceria anak-anak dulu. Terkenang ayah tabiat SUKA MELUKISMU dan rakan-rakan sekelas dulu. Maafkan ayah.. Andai dapat ku putar semula masa.. Maafkan ayah ;->
Ayah sayang kalian semua! 


...Cikgu Z...        "


 (klik gambar untuk super duper pembesaran)


Fanfic : Bukan Cinta Pertama Pt 2

30 minit selepas itu, kami tiba di bank.
“Minra pergi keluarkan duit kejap ye.” Kataku kepada Youngmin.
“Ok, hati-hati tau jagiya.” Jawab Youngmin.
Aku hanya mengangguk. Aku terus keluar dari kereta dan terus memasuki bank itu. Sebaik saja aku memasuki bank itu aku dengar satu suara dari belakangku.
“Semua jangan bergerak!!! Angkat tangan!!!” seorang lelaki bertopeng mengacukan pistol ke semua orang. Seorang lagi lelaki bertopeng memegang beg berwarna hitam segera pergi ke kaunter bank.
“Masukkan duit dalam ni!!” arah lelaki itu. Pekerja bank itu hanya menurut kata lelaki bertopeng itu.
Semua orang di dalam bank itu duduk sambil mengangkat tangan termasuk aku.
Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan masuk ke dalam bank sambil mengacukan senapang kepada seorang lelaki bertopeng yang berada di depan aku. Lelaki bertopeng itu panik dan menarik tangan aku. Dia meletakkan tangannya di leher aku sambil mengacukan pistol ke kepala aku.
“Kalau ada yang berani buat apa-apa , aku tembak perempuan ni!!!” teriak lelaki itu.
Aku panik. Tak tahu apa yang harus di buat. Tiba-tiba pengawal keselamatan itu mengacah untuk menembak lelaki bertopeng itu. Lelaki bertopeng itu segera meletakkan hujung pistolnya betu-betul di kepala aku. Aku terlalu takut.
“Youngmin!!!!!!!!!!!!!” aku menjerit memanggil Youngmin sambil menangis.
“Diam!! Kalau tak aku tembak kau!!”kata lelaki bertopeng itu.
“Minra!!” satu suara memanggil aku dari pintu bank. Rupa-rupanya itu Youngmin. Wajahnya kelihatan risau dan resah. Youngmin ingin membantu aku dan cuba untuk mendekati aku.
“Jangan dekat!!! Kalau tak aku tembak perempuan ni!!”kata lelaki bertopeng itu sambil mengacukan pistol kepada Youngmin. Langkah Youngmin terhenti.
BBaaanggg!!! Satu tembakan di lepaskan. Aku lega kerana lelaki bertopeng yang memegang beg itu ditembak dan rebah. Lelaki yang menjadikan aku tebusan itu terperanjat melihat rakannya terbaring berlumuran darah. Youngmin segera mendekati aku untuk menyelamatkan aku dari lelaki itu.
BBaaaangggg!!! Satu lagi tembakan di lepaskan. Aku memejamkan mata. Aku ingatkan aku yang ditembak. Tetapi kenapa aku tak rasa sakit? Aku membuka mata perlahan-lahan.
“Youngmin!!!!!!!” rupa-rupanya lelaki bertopeng itu menembak Youngmin.
Lelaki bertopeng itu panik dan melepaskan aku dan ingin melarikan diri, tetapi  dia di tembak oleh pengawal keselamatan .
Youngmin yang berlumuran darah rebah ke lantai.
“Youngmin!!!” aku segera mendapatkan Youngmin dan meletakkan kepalanya di pangkuan aku. Wajah Youngmin sangat pucat. Aku menahan darah yang keluar dengan banyak itu dengan sapu tanganku.
“Panggil ambulans!!!!!!!! Cepat!!!!” jeritku kepada orang ramai yang hanya memerhatikan kami.
“Minra…” Youngmin memanggil aku dengan lemah.
“Youngmin, bertahanlah, sekejap lagi ambulans datang. Youngmin akan selamat ok.” Kataku sambil menangis.
Youngmin mengangkat tangannya perlahan-lahan dan menutup mata aku.
“Youngmin tak nak tengok Minra menangis..” kata Youngmin lagi. Suaranya semakin lemah.
Air mata aku tak mungkin berhenti. Youngmin mengalihkan tangannya dan mengesat air mataku.
Dia tersenyum kepada aku.
“Youngmin, bertahanlah.. ambulans dah nak sampai..” kataku.
“Minra..” Youngmin memanggil aku lagi .
“Emm..” aku hanya mengangguk sambil menangis.
“Minra boleh tak janji satu perkara dekat Youngmin?” kata Youngmin sambil tersenyum.
“Tak nak!!! Youngmin tak boleh tinggalkan Minra.. Tak boleh..” aku menggelengkan kepala .
“Kalau Minra tak janji , Youngmin pasti sedih dan menyesal..” kata Youngmin .
Aku terus menangis lagi.
“Minra janji dengan Youngmin, Minra akan terus tersenyum walau apa pun yang terjadi lepas ni.” Kata Youngmin sambil tersenyum. Aku terus menangis, tak mampu berkata apa-apa.
“Janji Minra akan teruskan hidup Minra..” kata Youngmin lagi.
“Ya, Minra janji.. Minra janji..” kataku. Tangannya yang tadi sibuk mengelap air mata aku kini jatuh perlahan-lahan.
Youngmin tersenyum lagi. Mata Youngmin perlahan-lahan tertutup.
“Youngmin!!!! Bangunlah!!! Jangan tinggalkan Minra, Youngmin!!” jeritku sambil menggoncang-goncangkan tubuh Youngmin.  Tetapi kemudian matanya terbuka kembali. Aku mengusap rambutnya. Peluh dingin mula membasahi rambutnya.
“Youngmin kena bertahan untuk Minra, Youngmin kena kuat..” kata aku sambil tersenyum.
“Minra….” Youngmin memanggil aku perlahan.
“Ya ..” jawabku.
“Saranghae…Minra..” Youngmin berkata sambil tersenyum. Aku juga tersenyum sambil mengangguk.
Mata Youngmin sekali lagi perlahan-lahan tertutup.
“Youngmin!!! Youngmin!!! Bangun Youngmin!!!” aku menjerit sambil menggoncangkan tubuh Youngmin. Aku berharap Youngmin akan membuka matanya kembali seperti tadi.
Tapi kali ini, berapa kali pun aku menggoncangkan tubuhnya dan memanggil namanya , matanya tetap tertutup.
“Youngmin…. Jangan tinggalkan Minra..” aku memeluk tubuh Youngmin sambil menangis.
Kemudian ambulans datang dan membawa Youngmin ke hospital. Youngmin terus tidak menyedarkan diri sehingga dia di masukkan ke wad kecemasan. Aku menunggu di luar wad kecemasan . Aku menangis dan berdoa agar Youngmin selamat.
“Minra!” ibu Youngmin memanggil aku.
“Auntie!” ibu Youngmin memeluk aku sambil menangis.
Seorang doktor keluar dari wad kecemasan itu.
“Doktor, macam mana anak saya??” tanya ibu Youngmin.
“Puan, kami dah lakukan segala yang kami termampu untuk menyelamatkan anak puan, tapi anak puan tak dapat diselamatkan. Dia dah kehilangan banyak darah dan peluru tu betul-betul terkena pada jantung dia. Maafkan saya puan.” Kata doktor itu. Ibu Youngmin berasa sangat terperanjat dan terduduk di kerusi berhampirannya.
Air mata aku semakin deras membasahi pipiku. Aku terduduk.
“Tak!!!!!! Youngmin!!!” jeritku sambil menangis teresak-esak.
Ibu Youngmin mendapatkan aku dan memeluk aku.
Aku rasa dunia aku gelap. Tiada satu pun cahaya. Aku rasakan hidup aku seolah-olah sudah berakhir.
“Saranghae..Minra..” kata-kata terakhir Youngmin terngiang-ngiang di telinga aku.


Fanfic : Bukan Cinta Pertama Pt 1

Kau sering menerangi hari-hariku dengan senyuman terindahmu.
Kau sering menceriakan hari-hariku dengan gelak dan tawamu.
Kau yang aku cintai, kini pergi dariku untuk selamanya.

Aku masih berdiri di situ. Diam. Kaku. Dibasahi hujan yang sangat lebat. Aku memandang nama itu. Nama orang yang aku cintai. Nama yang sering aku panggil. Kini hanya itu yang tinggal. Hanya tinggal batu yg diukir namamu. Air mata aku kini tumpah lagi, bercampur dengan air hujan itu. Aku terduduk dan terus menangis. Seakan tidak percaya apa yang terjadi. Tidak percaya yang kau sudah pergi dari aku, dan tak akan kembali lagi.
“Minra…” kedengaran satu suara di belakangku. Hujan juga sudah tidak membasahiku.
Aku menoleh ke belakang. Ibu Youngmin sedang berdiri sambil memayungi aku.
“Auntie… Youngmin.. Auntie, ini mimpi kan? “ aku menangis teresak-esak.
Ibu Youngmin melutut dan memeluk aku .
“Ini bukan mimpi Minra, Youngmin dah tak ada.” Ibu Youngmin mengusap rambutku lembut. Ibu Youngmin menangis dalam diam , mungkin dia tak mahu aku menangis lagi.
“Auntie, Minra minta maaf.. semuanya salah Minra . kalau Minra tak ajak…”
Kata-kata ku yg diselangi sedu itu dihalang oleh ibu Youngmin.
“Youngmin pergi bukan salah siapa-siapa, itu sudah ajal dia. Kita kena ikhlas, Minra.”
Ibu Youngmin sememangnya seorang yang tabah, lebih tabah dari aku.
Aku memeluk ibu Youngmin dan terus menangis.
Hati aku terus berteriak , “Youngmin!!! Baliklah!! Jangan tinggalkan Minra..”

1 hari sebelum itu.
Hari ini aku tiada kelas. Aku mengambil telefon bimbit dan mendail nombor Youngmin.
Youngmin mengangkat telefon.
“Jagiyaaaaa!!!!” jerit Youngmin perlahan. Aku hanya tergelak kecil.
“Youngmin-ah.. free tak hari ni?” tanya aku dengan manja.
“For my princess, I always free.” Kata Youngmin.
“Really??” aku ingin mendapatkan kepastian.
“Sure, Youngmin tak ada kelas pun hari ni, why? Kita nak pergi dating ye?” tanya Youngmin.
“No, nak ajak Youngmin teman Minra shopping, boleh?” jawabku.
“Boleh, tapi dengan satu syarat.” Youngmin tergelak.
“Em, syarat apa?” tanya aku penasaran.
“Say that you love me.” Dia ketawa lagi.
“Ok, pukul 3 ni ok, saranghae Youngmin!!!” jeritku. Youngmin ketawa lagi.
“Ok jagiya, love you too, see you 3 pm.”
Aku ketawa sendiri. Kemudian aku membuka almari pakaianku.
“Ummmm… Baju apa nak pakai hari ni ye..” kataku sendiri.
Aku lalu mengambil baju blaus berwarna pink dan menggayakannya di hadapan cermin.
“Yang ni macam cantik je..” kataku sendiri lagi.
Tanpa sedar sudah pukul 3. Aku sudah pun siap dengan blaus berwarna pink dan solekan yang ringkas.
Tiba-tiba, aku terdengar loceng rumahku berbunyi. Aku dengan lajunya mengambil beg tangan dan keluar dari bilik.
“Omma, Minra pergi dulu ya!” aku mencium pipi ommaku.
“Baik-baik ye sayang.” Kata ommaku.
Aku membuka pintu depan rumahku. Youngmin sedang menunggu di luar pagar dengan memakai kemeja berwarna pink cair sambil tersenyum. Aku segera memakai kasutku dan membuka pagar.
“Hi!” kataku.
“Hi beautiful..” kata Youngmin sambil tersenyum. Youngmin kemudian membukakan pintu kereta untukku. Lalu aku masuk ke dalam keretanya. Youngmin menutup pintu kereta dan kemudia duduk di tempat duduk pemandu.
“So, kita nak pergi shopping mall kan?” tanya Youngmin sambil memakai tali pinggang keledar.
“Yup, tapi singgah dekat bank dulu boleh? Nak keluarkan duit.” Kataku sambil memandang Youngmin.
“Ok dear…” Youngmin tersenyum padaku. Aku membalas senyumannya.