welcome

Wednesday, 18 December 2013

Syurga Tertinggi

Aku seorang insan biasa,
yang imannya masih lagi lemah,
yang dirinya sering alpa dan leka,
yang hatinya kadang tidak tetap mencintai-Nya,
sedangkan kau, kau syurga tertinggi.

Aku seorang insan biasa,
yang masih mencari-cari cahaya,
yang ingin menjadi muslimah sejati,
yang sedang berubah menuju Ilahi,
sedangkan kau, kau syurga tertinggi.

Dapatkah aku mengecapimu?
Dapatkah aku bertemu denganmu?
Dapatkah aku menyaksikan keindahanmu?
Dapatkah aku meluahkan rasa cintaku?
Untuk kau, syurga tertinggi.

Aku serahkan pada yang Esa,
segala takdir dan ketentuan-Nya,
aku terima dengan ikhlas dan redha,
moga kita bertemu suatu hari nanti,
syurga tertinggi.

No comments:

Post a Comment

ce komen, ce komen.