welcome

Wednesday, 18 January 2012

Fanfic : Bukan Cinta Pertama Pt 2

30 minit selepas itu, kami tiba di bank.
“Minra pergi keluarkan duit kejap ye.” Kataku kepada Youngmin.
“Ok, hati-hati tau jagiya.” Jawab Youngmin.
Aku hanya mengangguk. Aku terus keluar dari kereta dan terus memasuki bank itu. Sebaik saja aku memasuki bank itu aku dengar satu suara dari belakangku.
“Semua jangan bergerak!!! Angkat tangan!!!” seorang lelaki bertopeng mengacukan pistol ke semua orang. Seorang lagi lelaki bertopeng memegang beg berwarna hitam segera pergi ke kaunter bank.
“Masukkan duit dalam ni!!” arah lelaki itu. Pekerja bank itu hanya menurut kata lelaki bertopeng itu.
Semua orang di dalam bank itu duduk sambil mengangkat tangan termasuk aku.
Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan masuk ke dalam bank sambil mengacukan senapang kepada seorang lelaki bertopeng yang berada di depan aku. Lelaki bertopeng itu panik dan menarik tangan aku. Dia meletakkan tangannya di leher aku sambil mengacukan pistol ke kepala aku.
“Kalau ada yang berani buat apa-apa , aku tembak perempuan ni!!!” teriak lelaki itu.
Aku panik. Tak tahu apa yang harus di buat. Tiba-tiba pengawal keselamatan itu mengacah untuk menembak lelaki bertopeng itu. Lelaki bertopeng itu segera meletakkan hujung pistolnya betu-betul di kepala aku. Aku terlalu takut.
“Youngmin!!!!!!!!!!!!!” aku menjerit memanggil Youngmin sambil menangis.
“Diam!! Kalau tak aku tembak kau!!”kata lelaki bertopeng itu.
“Minra!!” satu suara memanggil aku dari pintu bank. Rupa-rupanya itu Youngmin. Wajahnya kelihatan risau dan resah. Youngmin ingin membantu aku dan cuba untuk mendekati aku.
“Jangan dekat!!! Kalau tak aku tembak perempuan ni!!”kata lelaki bertopeng itu sambil mengacukan pistol kepada Youngmin. Langkah Youngmin terhenti.
BBaaanggg!!! Satu tembakan di lepaskan. Aku lega kerana lelaki bertopeng yang memegang beg itu ditembak dan rebah. Lelaki yang menjadikan aku tebusan itu terperanjat melihat rakannya terbaring berlumuran darah. Youngmin segera mendekati aku untuk menyelamatkan aku dari lelaki itu.
BBaaaangggg!!! Satu lagi tembakan di lepaskan. Aku memejamkan mata. Aku ingatkan aku yang ditembak. Tetapi kenapa aku tak rasa sakit? Aku membuka mata perlahan-lahan.
“Youngmin!!!!!!!” rupa-rupanya lelaki bertopeng itu menembak Youngmin.
Lelaki bertopeng itu panik dan melepaskan aku dan ingin melarikan diri, tetapi  dia di tembak oleh pengawal keselamatan .
Youngmin yang berlumuran darah rebah ke lantai.
“Youngmin!!!” aku segera mendapatkan Youngmin dan meletakkan kepalanya di pangkuan aku. Wajah Youngmin sangat pucat. Aku menahan darah yang keluar dengan banyak itu dengan sapu tanganku.
“Panggil ambulans!!!!!!!! Cepat!!!!” jeritku kepada orang ramai yang hanya memerhatikan kami.
“Minra…” Youngmin memanggil aku dengan lemah.
“Youngmin, bertahanlah, sekejap lagi ambulans datang. Youngmin akan selamat ok.” Kataku sambil menangis.
Youngmin mengangkat tangannya perlahan-lahan dan menutup mata aku.
“Youngmin tak nak tengok Minra menangis..” kata Youngmin lagi. Suaranya semakin lemah.
Air mata aku tak mungkin berhenti. Youngmin mengalihkan tangannya dan mengesat air mataku.
Dia tersenyum kepada aku.
“Youngmin, bertahanlah.. ambulans dah nak sampai..” kataku.
“Minra..” Youngmin memanggil aku lagi .
“Emm..” aku hanya mengangguk sambil menangis.
“Minra boleh tak janji satu perkara dekat Youngmin?” kata Youngmin sambil tersenyum.
“Tak nak!!! Youngmin tak boleh tinggalkan Minra.. Tak boleh..” aku menggelengkan kepala .
“Kalau Minra tak janji , Youngmin pasti sedih dan menyesal..” kata Youngmin .
Aku terus menangis lagi.
“Minra janji dengan Youngmin, Minra akan terus tersenyum walau apa pun yang terjadi lepas ni.” Kata Youngmin sambil tersenyum. Aku terus menangis, tak mampu berkata apa-apa.
“Janji Minra akan teruskan hidup Minra..” kata Youngmin lagi.
“Ya, Minra janji.. Minra janji..” kataku. Tangannya yang tadi sibuk mengelap air mata aku kini jatuh perlahan-lahan.
Youngmin tersenyum lagi. Mata Youngmin perlahan-lahan tertutup.
“Youngmin!!!! Bangunlah!!! Jangan tinggalkan Minra, Youngmin!!” jeritku sambil menggoncang-goncangkan tubuh Youngmin.  Tetapi kemudian matanya terbuka kembali. Aku mengusap rambutnya. Peluh dingin mula membasahi rambutnya.
“Youngmin kena bertahan untuk Minra, Youngmin kena kuat..” kata aku sambil tersenyum.
“Minra….” Youngmin memanggil aku perlahan.
“Ya ..” jawabku.
“Saranghae…Minra..” Youngmin berkata sambil tersenyum. Aku juga tersenyum sambil mengangguk.
Mata Youngmin sekali lagi perlahan-lahan tertutup.
“Youngmin!!! Youngmin!!! Bangun Youngmin!!!” aku menjerit sambil menggoncangkan tubuh Youngmin. Aku berharap Youngmin akan membuka matanya kembali seperti tadi.
Tapi kali ini, berapa kali pun aku menggoncangkan tubuhnya dan memanggil namanya , matanya tetap tertutup.
“Youngmin…. Jangan tinggalkan Minra..” aku memeluk tubuh Youngmin sambil menangis.
Kemudian ambulans datang dan membawa Youngmin ke hospital. Youngmin terus tidak menyedarkan diri sehingga dia di masukkan ke wad kecemasan. Aku menunggu di luar wad kecemasan . Aku menangis dan berdoa agar Youngmin selamat.
“Minra!” ibu Youngmin memanggil aku.
“Auntie!” ibu Youngmin memeluk aku sambil menangis.
Seorang doktor keluar dari wad kecemasan itu.
“Doktor, macam mana anak saya??” tanya ibu Youngmin.
“Puan, kami dah lakukan segala yang kami termampu untuk menyelamatkan anak puan, tapi anak puan tak dapat diselamatkan. Dia dah kehilangan banyak darah dan peluru tu betul-betul terkena pada jantung dia. Maafkan saya puan.” Kata doktor itu. Ibu Youngmin berasa sangat terperanjat dan terduduk di kerusi berhampirannya.
Air mata aku semakin deras membasahi pipiku. Aku terduduk.
“Tak!!!!!! Youngmin!!!” jeritku sambil menangis teresak-esak.
Ibu Youngmin mendapatkan aku dan memeluk aku.
Aku rasa dunia aku gelap. Tiada satu pun cahaya. Aku rasakan hidup aku seolah-olah sudah berakhir.
“Saranghae..Minra..” kata-kata terakhir Youngmin terngiang-ngiang di telinga aku.


Fanfic : Bukan Cinta Pertama Pt 1

Kau sering menerangi hari-hariku dengan senyuman terindahmu.
Kau sering menceriakan hari-hariku dengan gelak dan tawamu.
Kau yang aku cintai, kini pergi dariku untuk selamanya.

Aku masih berdiri di situ. Diam. Kaku. Dibasahi hujan yang sangat lebat. Aku memandang nama itu. Nama orang yang aku cintai. Nama yang sering aku panggil. Kini hanya itu yang tinggal. Hanya tinggal batu yg diukir namamu. Air mata aku kini tumpah lagi, bercampur dengan air hujan itu. Aku terduduk dan terus menangis. Seakan tidak percaya apa yang terjadi. Tidak percaya yang kau sudah pergi dari aku, dan tak akan kembali lagi.
“Minra…” kedengaran satu suara di belakangku. Hujan juga sudah tidak membasahiku.
Aku menoleh ke belakang. Ibu Youngmin sedang berdiri sambil memayungi aku.
“Auntie… Youngmin.. Auntie, ini mimpi kan? “ aku menangis teresak-esak.
Ibu Youngmin melutut dan memeluk aku .
“Ini bukan mimpi Minra, Youngmin dah tak ada.” Ibu Youngmin mengusap rambutku lembut. Ibu Youngmin menangis dalam diam , mungkin dia tak mahu aku menangis lagi.
“Auntie, Minra minta maaf.. semuanya salah Minra . kalau Minra tak ajak…”
Kata-kata ku yg diselangi sedu itu dihalang oleh ibu Youngmin.
“Youngmin pergi bukan salah siapa-siapa, itu sudah ajal dia. Kita kena ikhlas, Minra.”
Ibu Youngmin sememangnya seorang yang tabah, lebih tabah dari aku.
Aku memeluk ibu Youngmin dan terus menangis.
Hati aku terus berteriak , “Youngmin!!! Baliklah!! Jangan tinggalkan Minra..”

1 hari sebelum itu.
Hari ini aku tiada kelas. Aku mengambil telefon bimbit dan mendail nombor Youngmin.
Youngmin mengangkat telefon.
“Jagiyaaaaa!!!!” jerit Youngmin perlahan. Aku hanya tergelak kecil.
“Youngmin-ah.. free tak hari ni?” tanya aku dengan manja.
“For my princess, I always free.” Kata Youngmin.
“Really??” aku ingin mendapatkan kepastian.
“Sure, Youngmin tak ada kelas pun hari ni, why? Kita nak pergi dating ye?” tanya Youngmin.
“No, nak ajak Youngmin teman Minra shopping, boleh?” jawabku.
“Boleh, tapi dengan satu syarat.” Youngmin tergelak.
“Em, syarat apa?” tanya aku penasaran.
“Say that you love me.” Dia ketawa lagi.
“Ok, pukul 3 ni ok, saranghae Youngmin!!!” jeritku. Youngmin ketawa lagi.
“Ok jagiya, love you too, see you 3 pm.”
Aku ketawa sendiri. Kemudian aku membuka almari pakaianku.
“Ummmm… Baju apa nak pakai hari ni ye..” kataku sendiri.
Aku lalu mengambil baju blaus berwarna pink dan menggayakannya di hadapan cermin.
“Yang ni macam cantik je..” kataku sendiri lagi.
Tanpa sedar sudah pukul 3. Aku sudah pun siap dengan blaus berwarna pink dan solekan yang ringkas.
Tiba-tiba, aku terdengar loceng rumahku berbunyi. Aku dengan lajunya mengambil beg tangan dan keluar dari bilik.
“Omma, Minra pergi dulu ya!” aku mencium pipi ommaku.
“Baik-baik ye sayang.” Kata ommaku.
Aku membuka pintu depan rumahku. Youngmin sedang menunggu di luar pagar dengan memakai kemeja berwarna pink cair sambil tersenyum. Aku segera memakai kasutku dan membuka pagar.
“Hi!” kataku.
“Hi beautiful..” kata Youngmin sambil tersenyum. Youngmin kemudian membukakan pintu kereta untukku. Lalu aku masuk ke dalam keretanya. Youngmin menutup pintu kereta dan kemudia duduk di tempat duduk pemandu.
“So, kita nak pergi shopping mall kan?” tanya Youngmin sambil memakai tali pinggang keledar.
“Yup, tapi singgah dekat bank dulu boleh? Nak keluarkan duit.” Kataku sambil memandang Youngmin.
“Ok dear…” Youngmin tersenyum padaku. Aku membalas senyumannya.

Tuesday, 17 January 2012

terkilan sudah.

tadi, pergi pasar lambak dkt pt yusof dgn mak, ayah and along. baru aku tau betapa besar nye tempat tu..
aku nampak baju blaus, cantik.. aku pegang then blah.. pastu nampak cardigan, aku mmg da lama nak beli cardigan, pegang lagi, pastu blah lagi. lepas tu aku nampak baju bola( wne kuning then ade garis2 hitam tu) , pegang lagi, pastu blah lagi. aku nampak pulak jam, kali ni aku xpegang, tgk jek, tp mulut ckp "wahh cantik", tapi blah lagi, lepas tu nampak beg , pegang beg tu, ckp dgn mak aku ," mak, cantik!" , tp pastu blah gak... pastu aku nampak kemeja utk pmpuan, aku pegang , pastu blah.. last2 aku langsung xbeli ape2 pun.. TT_TT aku nak kumpul duit!! aku nak beli sume tu!!

bila balik umah, aku mula la cte dgn mak aku, mak zira kenan dgn yg tu, dgn yg ni..
aiiihhh... terkilan sudah... :(

Monday, 16 January 2012

MimpiKu - AwanMerahJambu

aku sering punya satu mimpi,
mimpi akan disukaimu,
namun semuanya hanya mimpi,
hanyalah angan-anganku.

aku sering termenug sendiri,
berfikir tentang dirimu,
namun ku tersedar akhirnya,
rasamu bukan untukku.

namun harus bagaimana?
ku tak bisa hentikan mimpiku,
tak mungkin aku lupakan dirimu,
yang selalu di ingatanku.

mengapa kau di sini?
muncul dalam setiap mimpiku,
hiasi setiap gelap malamku,
dengan senyuman terindahmu.

aku sedar ku bukanlah siapa,
mengharapkan kasih darimu,
namun mimpi ini muncul lagi,
di kala lena tidurku.

namun harus bagaimana?
ku tak bisa hentikan mimpiku,
tak mungkin aku lupakan dirimu,
yang selalu di ingatanku.

mengapa kau di sini?
muncul dalam setiap mimpiku,
hiasi setiap gelap malamku,
dengan senyuman terindahmu.

biarlah aku bermimpi,
dalam dunia anganku,
tak guna aku bersedih,
ku tetap mimpikan dirimu.

namun harus bagaimana?
ku tak bisa hentikan mimpiku...

(: saya yg buat lagu ni :)



Friday, 13 January 2012

Lagu Rindu Kita - AwanMerahJambu

aku cipta lirik puitis,
madah cinta penuh terlukis,
senyum indah mula terukir,
tanda rasa rinduku padamu.

aku sering ingat dirimu,
hati mula katakan rindu,
rasa ini semakin indah,
bila kau kata yang sama.

ku nyanyikan lagu rindu kita,
diiringi melodi indah,
bila hati rasakan cinta,
duniaku bagai di syurga.

tak ku duga rasa ini untukmu,
namun bila hati katakan rindu,
tak dapat aku sembunyikan lagi,
rasa rindu ku padamu..

lagu ni aku tulis sendiri. hihi~~ peace~

Sunday, 8 January 2012

I miss Ilham~~

Ilham is my  nephew.. wanna know why i suddenly write about him, its because i miss him!!!! huhuhu!!
tadi, kakak aku (ibu Ilham) telefon, nak ckp dgn my mum, tp my mum xde coz pg rumah atok~ dpt dgr suara Ilham.. maksu rindu Ilham!!! huhu~  akak kata Ilham dah pandai berdiri dah.. nak tgk die berdiri!! waaaa!!
cepatlah chinese new year!!! huhuhu!!!

ok now, wanna talk about love, not much, i dont want to talk much about love, just a little~

okay, love, can make us be a pathetic. menyedihkan.. what a pathetic~~ cinta kpd manusia tak akan kekal , tapi cinta kpd Allah tu yg kekal selamanya..  jangan mencintai manusia lebih dr mencintai Allah..
"i love you more than everything" that is a famous word right? famous, but it is not right~ tak sepatutnya begitu..

so, to all the pencinta out there~
please take care of yourself~
and never forget this word,
"THE GREATEST LOVE IS LOVING ALLAH SWT"
Ya Allah, bantulah aku utk mencintaiMu lebih dr segalanya..

Sunday, 1 January 2012

Best Night Ever

Sememangnya, kita hanya mampu merancang, dan Allah yg menentukan . Tetapi kita sbg manusia harus juga berusaha utk menjadikan sesuatu rancangan itu satu kenyataan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Wiwin and her family ambil aku dekat rumah dlm pukul 330ptg lah. Then, kitorg pergi Giant. Nak cr kuey teow, cr fish cake, cr nugget, cr sayur, cr susu cair dll. Dekat sana aku rasa , susah jugak pergi pasaraya besar2 ni, nak cari barang bukan main payah lah! Berapa kali pusing xjumpa fish cake. Nak cari susu cair pun bpe kali pusing, nasib baiklah jumpa. Hahaha. Tp, still xdpt kuey teow and fish cake. Last2 sume tu beli kat Pt Jawa. Hahaha. Ha! Lupa nak ckp, panas tau ptg tu! Pehh~

Then , balik umah Wiwin. Xlama pastu  Thiah and Tikah sampai. Kitorg pun wat la apa yg patut. Kuey teow yg kitorg beli tu menyeramkan sbb keras!!! Lepas basuh masih keras lagi! Tp, bila da masuk kuali da okey dah. Aku siap doa2 segala lagi! Aku rasa happy sgt , kitorg asyik ketawa je, maklumlah dah lama xjumpa, huhu..

Sorg demi sorg sampai. Dapur Wiwin makin kecoh jadinya! Kitorang plak tak boleh berhenti gelak sbb byk bnda kelakar. Dgn perbualan aku dgn Ina yg tergantung dgn *masih tu*. Semua nugget punya pasal, nugget yg *masih tu* .
Then, eksiden *tandas* antara Thiah, Wiwin and Ina, sampai terduduk Wiwin ketawa. Lawak gila!
Then makan2 pastu Bilah pun potong kek. *Selamat ulangtahun Bilah!!*
Lepas selesai makan, kitorg kemas la . Eh, lupa ade puding! So, kitorang ambil puding dok depan tv layan cite Ombak Rindu. Komen kitorg lepas abes cte tu; biasa je, bosan je, novel lg best kot, pelakon die xsesuai , jln cerita mendatar dll. Ahahaha.

Malam ni mmg best lah. Terbaeeekklah korg ni!!! Harap dpt kumpul lg mcm td!
Aku juga nak mengambil kesempatan ni utk ucapkan beribu terima kasih kpd Wiwin sekeluarga sbb sanggup pinjamkan rumah utk wat majlis ni! Gomapseumnida!!!

Sekalung budi~
Zira – tukang rancang+beli brg+gunting lada kering+potong fishcake dll.
Wiwin – tukang rancang+beli barang+masak dll
Fathiah – tukang rancang+tukang beli cake+potong fishcake+sampul hadiah dll
Atikah – tukang beli cake+basuh pinggan+kupas bwg+goreng nugget dll
Hazrina – tukang beli ais dll
Fatin – tukang makan dll :P (gurau jek)
Aisha – tukang mandi dll. :P ( ni pun gurau)
Nabilah – tukang potong kek dll. J

Aku sayang korg semua !!! sgt bersyukur sbb Allah kurniakan kawan yg sgt lah baik mcm korg ni. Terima kasih Ya Allah..