welcome

Monday, 9 April 2012

dah lama tak update encik blog.

encik blog, dah lama aku tak update kau kan? huhu... mianhae... nasib baik kau sihat encik blog. ^_^

apa perkembangan terbaru diri aku ye?

oh ye. keputusan SPM. alhamdulillah, aku dapat 3A+ , 4A , 1A-, 1B+ , 1B.

syukur sgt... ^_^

lagi, ah, PLKN. aku dpt kumpulan 2 PLKN, dkt Kem Pinggiran Pelangi , Bandar Muadzam Shah.

aku harap tempatnya okay dan seindah namanya tu. ^_^ insyaAllah.

tp kalau aku pergi matrik mcm mne eh? kne tangguh la ye? huhu...

aku mcm tak percaya je yg aku ni dah lepas SPM , aku akan melangkah ke dunia baru . ye ke ni?

susah nak percaya. rasa mcm aku masih sekolah tadika lagi plak.

T_T

aku ada jumpa satu gambar yg sgt sweet. :) nak tgk? sila lihat bwh dan klik pada gmbar utk pembesaran!



^_^ comelnyaaaaaaaaaaaaa!!!!! ^///^

aku harap aku dpt lalui semuanya dgn tabah .

tabahkan hati, majukan diri, you can do it zira!!!

wsalam.

p/s: aku da tukar background music blog ni... my fav song. ^_^

annyeong.

Sunday, 19 February 2012

Cuak Melanda Diri !!!

aahhh!! aku cuak!!! sedang aku sibuk membasuh pinggan td, tibe2 ayah aku balik.

ayah aku kata kwn die suh aku ajar anak die malam ni!!! MALAM NI!!! ni bkn first time kwn ayah aku tu tanya, sebelum ni pun die pnah tanya ayah aku, tp masa tu aku ckp aku tak nak, takut!!!

tapi, kali ni mmg xleh mengelak lg lah sbb mmg kwn ayah aku tu nak anta anak die pg umah aku malam ni!

da la aku xknal bdknya, nama pun tak tau, jantina die aku tak tau, umur die lg aku tak tau. (-_-)

 die nak suh aku ajar apa ah?? aduhai.. takut aku bg ajaran sesat jek nt ni.. TT_TT

Ya Allah, tenangkan lah hambaMu ini!!! permudahkan urusanku Ya Allah. Aminn!! :)

I'll do my best!!! >_<

Saturday, 18 February 2012

mengimbau kenangan hari terakhir.

18 Disember 2011 , hari terakhir aku menyarungkan uniform sekolah berwarna hijau dan berkain biru gelap. maklumlah , pustakawan, tp tugas kami tak lah seberat mana. huhuhu. hari tu last paper SPM , geografi kertas satu. masuk dewan penuh senyuman. da siap jawab, aku lukis2 lah, conteng2 meja lah. hehehehe. *bocor rahsia* keluar dewan , kami semua menarik nafas lega . *ceh* hahaha. lepas tu terus posing2 ambil gambar.

pose3

~fathiah~

aku kena buli dgn jia. *joke*

awan nano :D

sekolah kami

macam kenal lah. :P

sekolah kami.

pintu masuk.

posing xmaut.

:D

sekolah kami cantik kan?

posing3~

^_^

sad. 

sebelum masuk dewan.

happy.

huahuahua~

pose lagi.

sekolah kami yg tercinta!

LOL

mesyuarat tergempar. LOL


peace yaww.

"zira nak bwk balik tiang ni!!!"

kami pose lg.

lets jump!

sekolah kami!

markas sebelum masuk dewan.


 rasa rindu ni hanya Allah je yg tahu. :D sekolahku, aku syg padamu!!!

Thursday, 16 February 2012

gara2 main badminton

hari tu abg aku ajak aku main badminton . aku mmg da lma gila xmain badminton!!! aku pun apa lagi, aku menyahut cabaran abg aku. tgn aku mula sakit , abg aku plak asyik suh kuat sikit . sampai maghrib kitorg main badminton. :D aku masuk dlm rumah , aku rasa penat gile ! siap loya2 lagi. mana tak loya, tak mkn tengahari hari tu. TT_TT hahah ~ tangan n kaki aku masih sakit lagi. TT_TT huhu..ouchh... huhu... tp takpe, asalkan aku dpt main badminton! :) lalalalala~

Monday, 6 February 2012

Shut Up Flower Boy Band

assalamualaikum!! annyeonghasaeyo!!!

okay~ aku kan mmg tak keje~ dok umah je lah kan~ jd aku dok umah aku pun asyik on9 lah~ kdg2 bosan~ slalunya aku tgk runningman~ tp dah muak plak tgk runningman~ pastu tgk dream high 2~ baru mula cite tu~ tgk smpai ep 2 jek~ then aku jumpa satu drama~ SHUT UP FLOWER BOY BAND, ada L infinite, aku cube ar tgk~ BEST!!!! im addicted to it!!!

aku tgk dekat http://www.dramacrazy.net/

xde buffering sgt pun~ enjoy gler~ ep 1 n 2 dah ade~

more info bukak link bwh ni okayy~
http://asianmediawiki.com/Shut_Up_Flower_Boy_Band

korg pun tgk lah!!!! :D

Monday, 30 January 2012

I'll Be There Accoustic Cover


i love this cover soooooo much!!! seriously~ keep singing it like the way he sing it.. TT_TT

Saturday, 28 January 2012

Fanfic : Bukan Cinta Pertama End

“Hah??!! Itu je??” tanyaku.

“Bosanlah saya main sorang-sorang.” Katanya.

“Tapi saya pakai sandal .” Kataku sambil melihat sandal berwarna coklat dikaki aku.

“Tak apalah. Kan cantik.” Katanya.
Aku hanya tersenyum. Aku cuba merebut bola yang ada di tangannya. Tapi tak berjaya. Aku cuba beberapa kali. Tapi, tetap tak berjaya.

“Taknak mainlah!” kataku. Kemudian aku bergerak ke bangku yang selalu aku duduk.

“Ahahaha… Awak ni cepat putus asalah.” Kata Kwangmin sambil menjaringkan bola.

“Huh. Berlagak.” Kataku sambil membuat muka masam.
Kwangmin tertawa lagi. Kemudian dia duduk di sebelah aku.

“Sorry.” Katanya.

“Tak apa.” Kataku.

“Walaupun semalam baru jumpa, tapi entah kenapa saya rasa macam nak jumpa awak lagi.” Kata Kwangmin . Pipinya merah menahan malu.

“Oh, sebab tu lah awak ajak jumpa ya?” tanyaku.
Kwangmin mengangguk.

“Malam ni, boleh awak datang sini lagi? Pukul 9.” Tanya Kwangmin.

“Untuk apa?” tanyaku.

“Saya nak beritahu awak sesuatu.”kata Kwangmin.

“Beritahu je lah sekarang.”kataku.

“Tak boleh, saya tak sedia. Pukul 9 ok, bye.” Kwangmin terus pergi.
Aku hairan. Apa yang dia nak beritahu. Kemudian aku terus pulang ke rumah.

Malam itu, aku pergi ke gelanggang  bola keranjang itu lagi. Aku lihat ada lilin-lilin yang dinyalakan di atas gelanggang itu. Di bangku yang selalu Kwangmin dan aku duduk ada sekeping kertas yang ditindih oleh sebiji bola keranjang. Aku mengambil kertas itu dan membaca nota yang ditulis.

“Berdiri di atas bangku.”

Aku menurut arahan di kertas itu dan berdiri di atas bangku itu. Aku memandang ke arah lilin-lilin di atas gelanggang itu. Lilin-lilin itu membentuk satu perkataan.

“SARANGHAE MINRA”

Aku terperanjat. Tiba-tiba Kwangmin muncul di hadapan aku.

“Apa ni Kwangmin?” tanyaku.

“Luahan hati saya.” Kata Kwangmin.

Aku benar-benar terperanjat. Aku tak sangka Kwangmin sukakan aku.

“Jadi, apa jawapan awak?” tanya Kwangmin.

“Saya…saya tak tahu…” kataku.

“Tak tahu?” Kwangmin hairan.

“Saya tak pasti. Tolong bagi saya masa untuk fikir dulu.” Kataku. Aku masih tidak pasti tentang perasaan aku.

“Pukul 10 pagi esok, saya akan balik ke UK. Saya harap boleh tahu jawapan awak sebelum saya balik UK.” Kata Kwangmin dengan suara yang sedih.

“Apa? Tapi, saya.. Saya tak boleh janji.” Aku terus pergi meninggalkan Kwangmin sendiri di gelanggang itu.

Aku benar-benar tak percaya akan apa yang terjadi. Bagaimana kalau aku menganggapnya seperti Youngmin? Bagaimana kalau aku suka pada dia hanya kerana rupa dia macam Youngmin? Bagaimana kalau aku tak ikhlas sukakan dia? Bermacam persoalan bermain di minda aku.

“Minra..” satu suara memanggil aku, suara yang aku kenal.

“Youngmin.” Ku lihat Youngmin tersenyum dihadapanku.

“Minra teruslah tersenyum . Youngmin bahagia sangat tengok Minra tersenyum. Youngmin yakin, dialah pelangi yang
Minra cari.” Kata Youngmin.

“Maksud Youngmin?” tanyaku.

“Minra faham maksud Youngmin.” Kata Youngmin sambil tersenyum. Kemudian dia hilang dari penglihatanku.
Aku terbangun dari tidurku.

“Mimpi ke tadi tu?” kataku sendiri.

Aku berfikir tentang mimpiku. Apa maksud Youngmin? Mungkin ke..Kwangmin tu pelangi aku?

“Aku…sukakan Kwangmin? Aku sukakan dia bukan sebab dia macam Youngmin ke?” kataku sambil merasa degupan jantungku.

Jantungku berdegup laju. Aku melihat jam di tepiku. 915 pagi. Aku terus bangun dari katil dan masuk kedalam bilik air. Aku mandi cepat-cepat. Selepas bersiap aku terus keluar dari rumah. Aku mendail nombor telefon Kwangmin sambil melintas jalan.

“Tiiiiiiiiiiiiiinnnnnnn!!!!” sebuah kereta membunyikan honnya.

Kenapa ni?? Dunia tiba-tiba jadi kabur. Hidup aku dah berakhir ke? Tapi, Kwangmin…

Aku terbangun. Badan aku sakit-sakit. Aku berada di hospital dan ibuku berada di sisiku.

“Minra dah bangun! Syukurlah!!” kata ibu sambil memelukku.

Aku hanya cedera ringan sahaja. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

“Ibu, sekarang pukul berapa?”

“1230  sayang, kenapa?” tanya ibuku.

“1230??” Air mataku terus mengalir deras.

Di fikiranku hanya ada Kwangmin.

“Minra?? Kenapa ni?” tanya ibuku.

“Minra..Minra tak sempat nak beritahu Kwangmin… Minra tak sempat beritahu dia yang Minra..Minra cintakan dia..”
kataku sambil menangis teresak-esak.

Aku menekup mukaku. Air mataku terus mengalir deras. Aku rasa menyesal.

“Kwangmin…. Saranghae…” kataku sambil menangis.

Ibu keluar dari bilik itu dan membiarkan aku menangis sendiri.
Tiba-tiba tubuhku didakap seseorang.

“Gomawo, Minra.” Kata orang itu.

Aku melihat wajah orang yang memelukku.

Tangisanku semakin kuat.

“Saya ingat awak  dah pergi…” kataku sambil menangis.

“Pabo! Siapa suruh telefon orang masa lintas jalan?!!” marah Kwangmin.

“Saya takut tak dapat jumpa Kwangmin.” Kataku perlahan.

“Huh.. Nasib baik cedera ringan je tau tak!” marah Kwangmin lagi.

Aku terus memeluk Kwangmin.

“Awak takut saya mati ke?” tanyaku sambil memeluk Kwangmin.

“Takut sangat. Awak takut tak sempat jumpa saya ke?” tanya Kwangmin padaku.

Aku mengangguk.

“Takut tak sempat nak beritahu…” kataku. Aku melepaskan pelukanku.

“Beritahu apa?” tanya Kwangmin.

“Saranghae.” Jawabku sambil tersenyum.

“Minra tak payah beritahu , Kwangmin dah tahu. Mata Minra yang beritahu .” kata Kwangmin sambil mengucup dahiku.

“Tapi…Awak tak kisah ke kalau awak bukan cinta pertama Minra?” tanyaku.

“Tak, tak kisah langsung, bukan cinta pertama tak semestinya bukan cinta terakhir kan?” kata Kwangmin sambil tersenyum manis padaku.

“Saranghae... Jeongmal saranghae…” kataku.

“Me too.. Saranghae Minra.” Kata Kwangmin sambil memeluk tubuhku.

Sememangnya dia bukan cinta pertama aku. Tapi, aku harap dia akan jadi cinta terakhir aku sampai ke syurga. :)

TAMAT
1.19 AM
29 JANUARI 2012

~ Jo Twins ~